Monday, 2 May 2011

LATIHAN HOKI

HOKI


LAPORAN PERTANDINGAN HOKI(BAWAH 12) PEREMPUAN
TARIKH                 :12 HINGGA 14 APRIL 2011
TEMPAT               : KOMPLEKS SUKAN MUADZAM SHAH
MASA                   :8.30 PAGI HINGGA 6.30 PETANG

Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama (SKSKL) telah menyertai pertandingan hoki peringkat  daerah Kota Setar buat pertama kali selepas hampir 20 tahun menyepi dari pertandingan hoki. SK Sungai Korok Lama telah mendaftarkan 16 orang pemain. Sebanyak 12 pasukan perempuan menyertai pertandingan tersebut. Antara sekolah yang bertanding ialah;
a)      SK Hutan Kampung
b)      SK Alor Janggus
c)       SK Wan Mohd Saman
d)      SK Seri Perdana
e)      SK Convent
f)       SK Alor Melintang
g)      SK Jln Dato’ Kumbar
h)      SK Sungai Korok Lama
i)        SK Taman Aman
j)        SK Mergong
k)      SK Sultanah Asma
l)        SJK(T) Barathy
SK Sungai Korok Lama telah diletakkan dalam kumpulan E bersama SK Jln Dato’ Kumbar dan SK Taman Aman. Dalam pertandingan peringkat kumpulan, SKSKL Berjaya menewaskan SK Jln Dato’Kumbar dengan 3 gol tanpa balas, seri 1-1 dengan SK Taman Aman. SKSKL Berjaya menjadi johan kumpulan setelah memperoleh 4 mata dan hanya perbezaan jaringan gol sahaja yang meletakkan SK Taman Aman menjadi naib johan kumpulan. Hal demikian melayakkan SKSKL melangkah ke peringkat suku akhir untuk bertemu SK Alor Janggus selaku naib johan kumpulan D. Pada pertemuan tersebut, SKSKL mengalahkan SK Alor Janggus dengan 1-0 seterusnya layak ke peringkat separuh akhir. Pertemuan dengan SK Convent pada peringkat separuh akhir, momentum kemenangan telah disekat oleh SK Convent yang berpengalaman dalam pertandingan ini. SKSKL tewas 0-2. Kekecewaan akibat kekalahan itu amat dirasai oleh para pemain apabila semua murid menangis sebaik tamat perlawanan.
Kata-kata semangat daripada jurulatih, pengurus pasukan dan tiga orang guru pengiring telah Berjaya memulihkan semangat para pemain yang berdepan dengan SK Wan Mohd Saman pada pertemuan penentuan tempat ketiga dan keempat. Berkat kesungguhan dan semangat melawan, para pemain SKSKL akhirnya Berjaya mengalahkan SK Wan Mohd Saman dengan 1-0 bagi membolehkan SKSKL menduduki tempat ketiga. Keputusan tersebut merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana semua pemain adalah kali pertama bermain hoki dan menyertai pertandingan hoki peringkat Kota setar.Tahniah, buat semua pemain! Lebih membanggakan apabila dua orang murid sekolah ini iaitu Hamizah Banu binti Thasdik Hussain dan Nurul Natasha Izda bt Mohd Izham terpilih mewakili pasukan hoki perempuan MSSD Kota Setar ke pertandingan hoki MSSK pada 5 hingga 7 April 2011.
Sejarah yang dicipta oleh pasukan hoki perempuan telah membawa satu era baru bagi sukan hoki di SKSKL apabila ramai murid mula menunjukkan minat sukan hoki malah pihak pengurusan sekolah pula mula mengkagumi sukan hoki seterusnya berhasrat menghantar pasukan hoki lelaki dan perempuan bagi pertandingan hoki tahun hadapan.
Diharapkan sukan hoki akan menjadi sukan yang akan mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

VISI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik,dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan   pelajar dan sekolah.

View Image

View Image



MISI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.



FALSAFAH KAUNSELING


Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblengkan sacara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Wednesday, 30 March 2011

PROGRAM JAYAWARIS 2011


LAPORAN PROGRAM JAYAWARIS 2011
TARIKH                 : 21 FEBRUARI 2011
MASA                   : 8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
TEMPAT               : DEWAN TERTUTUP SKSKL
KEHADIRAN        : 75 ORANG WARIS

Program Jayawaris telah selamat disempurnakan dengan jayanya pada 21 Februari 2011. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh cikgu Mohd Zaini b Hassan. Tn Hj Ramli bin Shafie yang diundang mengendalikan majlis telah memulakan sesi ceramah dengan memotivasikan murid-murid. Sesi bersama murid diadakan selama 1jam bermula pukul 8.00 pagi. Dalam ceramah beliau, murid-murid diingatkan tentang hubungan murid dengan Allah, hubungan dengan ibu bapa dan  rakan-rakan yang menjadi asas kepada pemerolehan ilmu yang dapat dimanfaat dan akan memperoleh ganjaran daripada Allah yang berupa ilmu yang diingini oleh semua.
                                                                                        
Setelah tamat motivasi bersama murid, penceramah undangan meneruskan program dengan memberi motivasi kepada ibu bapa/ waris. Antara pengisian ceramah beliau, para waris diingatkan pentingnya ibu bapa memanggil anak-anak dengan nama yang baik-baik kerana panggilan daripada ibu bapa merupakan satu doa. Di samping itu, ibu bapa diharapkan menjaga hubungan yang baik dengan anak-anak dan sentiasa menjadikan mereka sebagai rakan. Dengan cara itu, anak-anak akan berkongsi segala masalah dengan ibu bapa. Dalam masa yang sama juga ibu bapa diharapkan tidak meletakkan sasaran yang terlampau tinggi hingga menjadi satu beban kepada anak-anak. Beberapa doa diberikan kepada ibu bapa untuk diamalkan semoga dengan amalan tersebut, anak-anak menjadi golongan yang dapat menerima ilmu dengan mudah seterusnya membentuk  anak-anak yang cemerlang.

Pada sesi ketiga, murid bersama – sama waris dipertemukan dalam satu acara yang dipanggil sesi pertautan kasih. Pada sesi tersebut, doa yang diajar dipraktikkan kepada anak masing-masing.Dalam sesi ini dapat dilihat kasih-sayang yang wujud antara ibu bapa dengan anak. Air mata mengalir membasahi pipi ibu bapa mahupun anak apabila doa yang dipelajari dipraktikkan.
Pada akhir majlis, ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan program yang sangat memanfaatkan mereka. Kebanyakan ibu bapa berharap akan ada kesinambungannya sebelum peperiksaan UPSR dilangsungkan. Hal demikian disebabkan penceramah berulang kali menyatakan bahawa beberapa tip untuk kejayaan anak-anak akan diberikan pada pertemuan yang lain sekiranya diundang oleh pihak sekolah. Majlis ditamatkan pada pukul 12 tengah hari.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM